NIK ZETTY

Unit Trust Consultant

APA ITU UNIT TRUST?

Nama lain bagi unit trust adalah Unit Amanah atau Saham Amanah.

Unit Amanah ialah instrumen pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelabur-pelabur ke dalam sebuah dana amanah yang diuruskan oleh pengurus dana professional dan bertauliah.

Wang para pelabur akan di urus serta di laburkan oleh pengurus dana yang bernaung di bawah Syarikat-syarikat Pengurusan Unit Amanah yang telah dilulskan oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).Setakat tahun 2020 terdapat 37 buah syarikat tersenarai dan dibenarkan mengurus wang para pelabur di dalam dana-dana Unit Trust yang terdapat di Malaysia.

BAGAIMANA UNIT TRUST BERFUNGSI?

Syarikat pengurus dana yang dilantik berfungsi  mengendali dan menguruskan unit amanah anda.

Dalam erti kata lain apabila anda telah melaburkan sebahagian wang anda ke dalam unit trust/unit amanah anda sebenarnya telah melantik seorang pengurus dana professional dan bertauliah untuk membeli saham-saham di syarikat yang berpotensi memberi keuntungan kepada para pelabur sama ada dalam bentuk dividen atau kenaikkan harga unit.Syarikat-syarikat tersebut ada  yang berada di Malaysia seperti Petronas,Celcom,TNB dan Sime Darby.

Manakala contoh syarikat-syarikat luar negara pula seperti Ali Baba,Apple,Mirosoft dan juga Facebook.Iainya bergantung kepada pemilihan dana yang telah anda buat ketika memulakan pelaburan.

Dana-dana yang dibeli juga akan dipecahkan kepada pelbagai sektor yang berpotensi berkembang seperti health care,telecommunication, consumer products dan financial.

Apabila pelabur membeli unit dalam dana amanah mereka, pengurus dana akan menggunakan wang tersebut untuk dilaburkan.

Dana Unit Amanah Patuh Syariah pula terdapat  Penasihat Shariah, mereka yang akan memastikan pelaburan yang dibuat tidak melibatkan syarikat berkaitan judi, arak, riba dan sebarang instrument lain yang haram pada sisi pandangan agama Islam

Pelaburan yang di buat adalah sah di sisi undang-undang Malaysia kerana iainya dikawal selia oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) serta dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia!

Whatsapp Us for any inquiries or question

Unit Trust Consultant Nik Zetty