Estate Planning

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Kami bekerjasama dengan As-Solihin Trustee Berhad berdedikasi menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka berlandaskan Syariah kepada umat Islam.

PENULISAN
WASIAT

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.

PELANTIKAN
WASI

Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

Sesungguhnya pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat dan memilih Pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.

AMANAH

Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.

DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN

Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.

DEKLARASI HIBAH

Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.

AMANAH TAKAFUL/ INSURANS

PRI-TI adalah amanah yang dibentuk untuk polisi takaful/Insurans. Di mana pemilik polisi takaful/insuran melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai penerima hak melalui Penyerahan Hak Mutlak serta untuk bertindak sebagai pemegang amanah (“Pemegang Amanah”) untuk menerima wang takaful/insurans (“Dana Amanah”). Pemilik polisi juga menandatangani surat ikatan amanah untuk menetapkan terma dan syarat-syarat bagi pentadbiran Dana Amanah.

PRI-WARISAN

Pri-WARISAN adalah pakej untuk perkhidmatan pentadbiran harta pusaka. Ia merupakan satu pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad untuk menjimatkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dalam membiayai kos pentadbiran dan meringankan bebanan ahli waris mereka.

PRI-NIAGA

Pri-Niaga = Perancangan untuk memastikan kelancaran pindah milik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu.

PRI-EMAS

Merupakan produk ekslusif yang disediakan oleh as-Salihin Trustee Berhad yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan harta beliau apabila beliau telah mencapai usia tua (warga emas) atau apabila berlaku ketidakupayaan mental atau fizikal ke atas dirinya.

WAKAF

Wakaf boleh di buat untuk berkuatkuasa semasa hidup atau selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri menetapkan bahawa Pemegang Amanah bagi Wakaf adalah Majlis Agama Islam bagi setiap negeri.

Anda ingin dapatkan Khidmat Nasihat mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam?

Sesi rundingan bersama Perancang Harta Pusaka Islam kami. Sila isikan maklumat ringkas di bawah :

Whatsapp Us for any inquiries or question

Anda ingin dapatkan Khidmat Nasihat mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam?

Sesi rundingan bersama Perancang Harta Pusaka Islam kami. Sila lengkapkan borang berikut:
DD slash MM slash YYYY

Nik Amin – Unit Trust Consultants

Sazrina – Unit Trust Consultants